Malay Q&A

Questions and AnswersMalaysian-Flag

+

Kami mula berdagang semenjak 1994, dan kami mengeksport produk makanan, minuman, barangan rumah tangga dan peralatan mandian British dan Eropah ke seluruh dunia. Pasukan berpengalaman kami mempunyai pengalaman mengeksport selama lebih dari 50 tahun.

+

Pelanggan utama kami adalah peruncit, yang mempunyai kapasiti untuk memesan penuh beban kontena bercampur.

+

Kami membekal ke serata Eropah dan Australasia, namun pasaran utama kami adalah Asia Tenggara.

+

Kami sedang mencari peluang untuk mebekalkan peruncit di Jepun, Indonesia, Korea Selatan, Filipina, Taiwan, dan Sarawak, serta negara-negara lain di Asia Tenggara.

+

Kami adalah ‘Kedai Pusat Sehenti’ untuk bekalan barangan runcit British dan Eropah. Apabila anda menghubungi kami, kami akan bekalkan anda dengan Pengurus Akaun yang berdedikasi bagi mengendalikan akaun anda. Kami akan menelefon dan melawat anda secara berkala bagi memastikan yang kami memahami keperluan anda dan memberi maklumbalas kepada anda dengan cara yang profesional dan menepati masa.
Anda juga akan menerima senarai harga bulanan tetap yang disesuaikan dengan keperluan anda, justeru anda tidak perlu membuang masa untuk melihat senarai harga yang anda tidak faham.

+

Tidak, kami hanya akan membekalkan satu pelanggan untuk setiap pasaran, agar kita boleh mengembangkan perniagaan bersama-sama.

+

Makanan beku, dihantar dalam bekas reefer 20 atau 40 kaki, ditetapkan pada suhu -20C atau di bawah. Antara jenama beku termasuk- Birds Eye, Iceland, Walls, Quorn, Linda McCartney’s, Young’s, McCain dan banyak lagi.

Berhubung dengan makanan, minuman dan produk isi rumah, kami membekalkan dua senarai produk / harga yang berasingan, yang meliputi lebih dari 20,000 barangan. Butiran seperti berikut-

• Makanan & minuman khas yang berkaitan dengan produk yang kami beli terus dari pengilang atau ejen eksport yang diluluskan. Ini adalah produk yang secara amnya dibekalkan secara eksklusif dan turut menyediakan pensijilan kilang dan sokongan produk. Antara jenamanya termasuk- Mornflake, Fox’s Biscuits, Old El Paso, The Berry Company, Twinings, Beanies Flavour Coffee, Lizi’s granola, McVities, Coldpress dan banyak lagi.

• Makanan & minuman arus perdana (termasuk kelengkapan dan isi rumah) – berikut adalah barisan jenama penting yang boleh kami sediakan. Walau bagaimanapun, kami tidak membekalkan produk ini berserta apa-apa pensijilan kilang atau sokongan produk. Jenama tersebut termasuk- Cadbury, Sharwoods, Heinz, John West, Walkers Snacks, Tate & Lyle, PG Tips, Hellmans, Colmans, Ambrosia, Birds, Branston, Crosse & Blackwell, Haywards, Hartleys, Roses, Sarsons, Oxo, Batchelors, Bisto, Robertsons, Sharwoods, Matthew Walker, Nestle dan banyak lagi.

+

Ya, jika produk adalah sensitif haba seperti biskut coklat atau kuih coklat, kami menghantarnya di dalam bekas, yang kebiasaannya di tetapkan pada + 14C, untuk memastikan stok tiba dalam keadaan sempurna.

+

Kebiasaanya kami mengharapkan pelanggan kami dapat memesan sama ada bekas 20 atau 40 kaki .Walau bagaimanapun, kami boleh membekalkan pallet pesanan campuran jika perlu. Untuk produk di senarai ‘Mainstream’ kami tidak mempunyai kuantiti minima pesanan, namun untuk senarai ‘Specialty’, pesanan minimum biasanya satu lapis untuk setiap baris. Butiran lanjut boleh dilihat pada senarai produk kami, yang boleh didapati atas permintaan.

+

Ya, pelbagai produk dan peralatan rumah tangga yang komprehensif boleh didapati di bawah senarai produk ‘Makanan Utama dan Isi Rumah’ kami. Antara jenama termasuk Cif, Persil, Surf dan banyak lagi.

+

Kami secara amnya menetapkan harga dan barang (CFR) harga dalam pound sterling, bermaksud kami akan menguruskan pengangkutan barang melalui laut ke destinasi pelabuhan dan menyediakan anda dengan dokumen yang diperlukan untuk menuntut barangan dari syarikat penerbangan tersebut. Kami biasanya membekalkan tunai terhadap dokumen (CAD) untuk penghantaran barang melalui laut. Ini adalah cara pembayaran di mana kami mengarahkan bank anda untuk menyerahkan dokumen-dokumen penghantaran kepada anda sebaik sahaja invois telah dibayar sepenuhnya. Kami mungkin memerlukan deposit sebaik penerimaan pesanan bagi pelanggan baru.

+

Bagi semua pesanan kami biasanya menetapkan tempoh paling minimum sebelum 6 bulan, bergantung pada kategori produk. Kami tidak menyimpan apa-apa stok di gudang kami yang bermakna stok akan datang dengan tarikh yang paling segar. Sekiranya terdapat sebarang produk yang tidak memenuhi ketetapan tarikh yang dipersetujui apabila pesanan di buat, kami akan menasihati anda tarikh luput yang terbaik supaya anda boleh meminda kuantiti pesanan anda dengan sewajarnya.